Kelas Microsoft Word – Resume
4 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini3 Ogos 2024 , Sabtu- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan kelas ICT untuk adik-adik komuniti Presint 9 Putrajaya. Kelas diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 3 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini.
Kelas bermula dengan pengenalan Microsoft Word. Kelas ini dikendalikan oleh Penolong Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 iaitu Cik Amierah. Pelajar diberi penerangan mengenai cara-cara membuat resume dan penerangan mengenai maklumat-maklumat yang perlu diisi dalam resume mereka. Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti nama, umur, nombor telefon, alamat dan sebagainya. Pelajar juga diberi penerangan mengenai kepentingan resume dimasa hadapan.
Kelas diakhiri dengan pemainan Kuiz Kahoot Matematik untuk menguji minda dalam mata pelajaran Matematik kepada semua pelajar terbabit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: